Followers

Monday, April 4, 2011

Berkongsi pengetahuan

Harap semua pengunjung blog ini sihat walfiat.
Kali ini Elisya Izd berkongsi perihal proposal bagi menulis buku. Tidak kisahlah genre kanak-kanak, remaja mahupun dewasa ya.
Walaupun tidak arif dan pakar, tetapi Elisya Izd cuba membantu perihal tips yang diminta oleh Adik Faridzuan. (^__^)v

Perkara penting dalam membuat proposal bagi menulis buku seperti berikut.

Jalan cerita
Ini adalah perkara penting dalam menulis buku. Jalan cerita bagaimana yang mahu dihasilkan? Cuba pratikkan 4W + 1H. Apa itu?

what
where
who
when
+
how

Bia sudah ada cerita yang mahu ditulis, pratikkan 4W+1H ini bagi watak, situasi dan tempat yang mahu diceritakan. Boleh juga gunakan pada semua watak-watak dalam cerita.

Latar belakang tempat
Seeloknya perlulah latar belakang yang kita ketahui supaya jalan cerita itu tampak logik. Lagipun, pembaca akan mengetahui dan dapat gambaran perihal jalan cerita yang dihasilkan. Namun begitu, boleh juga sekiranya mahu tempat yang sengaja direkakan, tetapi harus semua temapt dalam cerita itu juga direkakan.

Watak
Watak juga perlu jelas. Setiap karekter yang dibawa juga perlulah memainkan peranan tersendiri. Nama dalam watak juga perlu jelas dan mudah diingati. Supaya pembaca nanti tidak keliru.

Pada pendapat Elisya Izd, tiga perkara di atas adalah perkara utama. Apabila sudah jelas, rangka semua di atas dan masukkan dalam proposal. Apabila sudah selesai, boleh dhantar kepada penerbit! ^____^

Mesti tertanya, bagaimana pula mahu buat proposal bukan?

Proposal hanya memerlukan sinopsis, contoh bab dan watak-watak yang dihasilkan.

Sinopsis adalah jalan cerita pendek. Hanya dalam satu ataupun dua muka surat tetapi walaupun pendek, perlu sertakan semua cerita yang mahu disampaikan dari awal hingga akhir cerita itu.

Contoh bab pula bagi tujuan melihat gaya penulisan dan penyampaian. Kebiasaannya, perlu dua bab.

Watak adalah karektar yang dihasilkan. Yang paling utama, watak hero dan heroinnya. Contohnya, habit, kesukaan, tingkahlaku, rupa fizikal dan lain-lain.

Maklumat tambahan
Bagi buku kanak-kanak : 100-150 pages
Bagi buku remaja : 150-250 pages
Bagi buku Syok! : 250 pages ke atas

Semua ini perlu dalam Microsoft Word. Spacing: Double Spacing. Font: Times News Roman. Saiz: 12 poin.

Harap, semua di atas membantu pengunjung, pembaca dan Adik Faridzuan. Ini sekadar pengetahuan daripada Elisya Izd bagi berkongsi perihal berbangkit.

2 comments:

  1. kak, skrg nie ..
    sy rase b'minat plak nk jadi penulis..
    thank kak coz share this .. ^^

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha dik. janji ada minat dan ada usaha. apa yang akak kongsikan itu serba sedikit sahaja, cuba adik ambil tip dari penulis dan gabungkan, pasti lagi membantu. Semoga berjaya ya dik!

    ReplyDelete