Followers

Monday, March 28, 2011

Angan-angan atau berangan?


Kali ini, Elisya Izd membawa kepada perkataan angan-angan atau berangan.
Ini kerana, sejak akhir-akhir ini Elisya Izd suka kepada angan-angan dan suka berangan. Apabila suka berangan, angan-angan muncul. Apabila, angan-angan sudah ada, berangan pula menjadi habitnya.
Hehehe... alih-alih di situ juga bukan?
Ada baiknya angan-angan atau berangan ini, namun ada buruknya.
Kedua-duanya bergantung kepada masa, tindakan, perancangan dan keperluan mengapa kita perlu melakukannya.
Sekiranya angan-angan menjadi kenyataan, itu adalah bonus kepada kita. Kerana, angan-angan adalah apa yang kita impikan dan mahukan. Apabila kita berjaya mencapainya, kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan itu dikatakan bonus kepada kita, kerana angan-angan kita berjaya kita capai!

Wehoooo..... seronok tu!

Angan-angan dan berangan, tidak kena bayar! Tetapi, ingat! sekiranya kerap, buang masa pula, bukan?
Oleh yang demikian, apabila mahu berangan, berpada-pada ya. masa tidak boleh diundur.


gambar di bawah adalah hiasan :) imej ini siapa? mahu tahu? Elisya izd tidak kenal pun jejaka ini. imej ini dari mana lagi sekiranya bukan dari uncle google..


Sunday, March 20, 2011

Kini di rak ^___^

Wahh, teruja hari ini apabila Elisya Izd ke kedai buku MPH dan mendapati buku Pen Merah Pen Biru sudah berada di rak kedai buku itu.


Selama ini tidak berkesempatan ke kedai buku kerana sibuk dengan urusan lain yang mengembirakan. Alhamdulillah.
Jadi, apa lagi, apabila Elisya Izd nampak sahaja buku itu, terus ambil gambar. Mungkin ini tabiat sebagai penulis baru. hehe... kelakar pula rasanya.

Bukan apa sebagai kenangan. Huhuhu... sukanyer.... hati pula berbunga.
Penat lelah menulis, terasa tersenyum sendirian melihat buku sudah di rak kedai buku.
Kalau boleh nak senyum begini sahaja....

(^____________________________^)

Thursday, March 17, 2011

Seronok dan teruja

gmbr dari mr google.

Sejak akhir-akhir ini, ramai respons daripada pembaca perihal buku pertama Elisya Izd iaitu Pen merah Pen Biru.
Nampaknya buku ini sudah menemui pembaca, syukur ke hadrat Illahi.
Terima kasih tidak terhingga kepada pembaca semua.
Ada yang memberi komen, ada pula yang memberi kata semnangat dan pelbagai lagi.
Apa-apa pun Elisya Izd sangat menghargai semua itu.
Dengan semua ini, membuatkan Elisya Izd bertambah semangat bagi menulis lagi.

gmbr dari mr google.

Terima kasih semua.


Tuesday, March 8, 2011

Cuti sekolah kembali!



Jumaat ini sudah mula cuti sekolah. Apa perancangan adik-adik dan kalian semua berhubungan cuti sekolah selama seminggu nanti?

Pasti menarikkan.....

Apa-apa pun isikan masa adik-adik dan kalian semua dengan perkara berfaedah. Elisya Izd yakin, pasti ada yang mahu bangun lambat bukan? Teringat dahulu, Elisya Izd berperangai sedemikian. Cuti sekolah buat Elisya Izd adalah tidur kerana tidak pergi bercuti disebabkan ibu bapa yang perlu bekerja semasa cuti sekolah.

Apa-apa pun, jangan beri alasan sehingga membuat perkara tidak berfaedah, ya! Tidur adalah lebih baik daripada melepak dengan melakukan perkara tidak senonoh. Ingat ya, masa terluang perlu diisi dengan bijak!


Friday, March 4, 2011

Cupcakes

Hari ini sahaja Elisya Izd mencari imej di laman web perihal cupcakes.
Apabila melihat kecantikan dan kekemasan pada cupcakes menjadikan kelihatan lazat.
Satu makanan yang kecil, tetapi berdaya menarik mata yang memandang!
Itu juga pepatah, kecil-kecil cili api!
Jangan biar orang lain pandang rendah kepada kita walaupun kita kecil daripada pelbagai aspek.
Biar kita mernedahkan diri kita supaya hormat kita mengunug di mata orang lain.

Itulah, cupcakes berjaya menarik mata yang memandang.
Apabila dicampuri pelbagai desain, bertambah memakau.
begitu juga dengan kita, apabila kita mencari keupayaan dan kekuatan kita daripada pelbagai sudut, kita berjaya dalam hidup ini.

Ini antara gambar yang diambil dari uncle google.








sedapnyer.... terasa sayang nak makan!