Followers

Wednesday, April 20, 2011

PBAKL@KLIBF


PBAKL@KLIBF kembali!
Ayuh, meriahkan PWTC pada 22 April sehingga 1 Mei.
Jangan lupa dapatkan buku Pen Merah Pen Biru ya!
Tidak lupa juga buku Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik yang mungkin berada pada pertengahan pesta ini di booth PTS.
Terdapat banyak diskaun yang diberikan, serta hadiah menarik!
Mari, kita ke sana!

Monday, April 18, 2011

Kaver Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik


Hai semua!
Ini adalah kaver buku Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik.
Buku ini adalah karya kedua daripada Elisya Izd khusus kepada pembaca kanak-kanak.
Buku ini akan ada di pasaran buku tidak lama lagi.
Dapatkan ya! Tolong rekomenkan kepada adik sekiranya ada.
Terima kasih semua!


Saturday, April 16, 2011

Buku kanak-kanak dari Elisya Izd

Buku kanak-kanak Siri Adam Kecil dari Elisya Izd akan menemui pembaca.
Ini adalah buku kanak-kanak di mana Elisya Izd menyumbang karya dalam Koleksi Cerita Adam Kecil: Adam Diculik!
Siri Adam Kecil ini adalah cerita yang sudah kukuh dan sudah lama berada di pasaran buku.
Elisya Izd sekadar menempah dan menumpang dalam watak yang sudah kukuh berdiri ini.
Elisya Izd merebut tawaran yang ditawarkan kerana sebagai cabaran kepada Elisya Izd sendiri.
Harap, buku ini mendapat sambutan yang baik.
Kaver buku ini akan Elisya Izd upload kemudian.
Kepada sesiapa yang mempunyai adik, cadangkan kepada mereka ya!

Monday, April 11, 2011

Ulang cetak!

Syukur, alhamdulillah!
Buku pertama karya Elisya Izd diulang cetak.
Elisya Izd baru dapat maklumat perihal hal ini.
Syukur dan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa menyokong Elisya Izd.

(^___________________^)

Terima kasih kepada pembaca yang sudah dapatkan buku Pen Merah Pen Biru.

Kepada yang belum dapatkan, dapatkan ya! Disebabkan itu, buku ini diulang cetak supaya yang belum dapatkan boleh memilikinya juga!

Apa-apa pun Elisya Izd mengucap ribuan terima kasih atas sokongan ini. Terharu sangat tau!

Terima kasih sekali lagi kerana tanpa pembaca perkara ini tidak akan berlaku. Terima kasih!

Saturday, April 9, 2011

Kejutan


Kali ini Elisya Izd berbicara perihal kejutan.
Kejutan sesuatu perkara yang tidak disangka berlaku sama ada dirancang ataupun tidak dirangcang oleh orang lain.
Tetapi, kadangkala kejutan itu membawa berita baik dan kadangkala berita buruk.
Kejutan membuatkan kita kembali sedar kerana kadangkala kita alpa.
Kejutan membuatkan kita seronok dan juga tidak.
Namun begitu, kejutan tidak kerap berlaku dalam hidup kita.

gmbr dr mr google.


Kejutan adalah elemen dalam kehidupan yang menyinar dalam kehidupan kita.

Wednesday, April 6, 2011

Terima Kasih Elisya Izd ucapkan

Entri kali ini, khusus perihal terima kasih.
Elisya Izd mahu mengucap ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudah membaca, mendapatkan dan membeli buku Pen Merah Pen Biru.
Harap buku ini dapat memenuhi cita rasa pembaca semua.
Elisya Izd sangat menghargai.







Semua pic ini daripada uncle google ya! Apa-apa pun Elisya Izd sayang kamu semua!

Monday, April 4, 2011

Berkongsi pengetahuan

Harap semua pengunjung blog ini sihat walfiat.
Kali ini Elisya Izd berkongsi perihal proposal bagi menulis buku. Tidak kisahlah genre kanak-kanak, remaja mahupun dewasa ya.
Walaupun tidak arif dan pakar, tetapi Elisya Izd cuba membantu perihal tips yang diminta oleh Adik Faridzuan. (^__^)v

Perkara penting dalam membuat proposal bagi menulis buku seperti berikut.

Jalan cerita
Ini adalah perkara penting dalam menulis buku. Jalan cerita bagaimana yang mahu dihasilkan? Cuba pratikkan 4W + 1H. Apa itu?

what
where
who
when
+
how

Bia sudah ada cerita yang mahu ditulis, pratikkan 4W+1H ini bagi watak, situasi dan tempat yang mahu diceritakan. Boleh juga gunakan pada semua watak-watak dalam cerita.

Latar belakang tempat
Seeloknya perlulah latar belakang yang kita ketahui supaya jalan cerita itu tampak logik. Lagipun, pembaca akan mengetahui dan dapat gambaran perihal jalan cerita yang dihasilkan. Namun begitu, boleh juga sekiranya mahu tempat yang sengaja direkakan, tetapi harus semua temapt dalam cerita itu juga direkakan.

Watak
Watak juga perlu jelas. Setiap karekter yang dibawa juga perlulah memainkan peranan tersendiri. Nama dalam watak juga perlu jelas dan mudah diingati. Supaya pembaca nanti tidak keliru.

Pada pendapat Elisya Izd, tiga perkara di atas adalah perkara utama. Apabila sudah jelas, rangka semua di atas dan masukkan dalam proposal. Apabila sudah selesai, boleh dhantar kepada penerbit! ^____^

Mesti tertanya, bagaimana pula mahu buat proposal bukan?

Proposal hanya memerlukan sinopsis, contoh bab dan watak-watak yang dihasilkan.

Sinopsis adalah jalan cerita pendek. Hanya dalam satu ataupun dua muka surat tetapi walaupun pendek, perlu sertakan semua cerita yang mahu disampaikan dari awal hingga akhir cerita itu.

Contoh bab pula bagi tujuan melihat gaya penulisan dan penyampaian. Kebiasaannya, perlu dua bab.

Watak adalah karektar yang dihasilkan. Yang paling utama, watak hero dan heroinnya. Contohnya, habit, kesukaan, tingkahlaku, rupa fizikal dan lain-lain.

Maklumat tambahan
Bagi buku kanak-kanak : 100-150 pages
Bagi buku remaja : 150-250 pages
Bagi buku Syok! : 250 pages ke atas

Semua ini perlu dalam Microsoft Word. Spacing: Double Spacing. Font: Times News Roman. Saiz: 12 poin.

Harap, semua di atas membantu pengunjung, pembaca dan Adik Faridzuan. Ini sekadar pengetahuan daripada Elisya Izd bagi berkongsi perihal berbangkit.