Followers

Monday, March 28, 2011

Angan-angan atau berangan?


Kali ini, Elisya Izd membawa kepada perkataan angan-angan atau berangan.
Ini kerana, sejak akhir-akhir ini Elisya Izd suka kepada angan-angan dan suka berangan. Apabila suka berangan, angan-angan muncul. Apabila, angan-angan sudah ada, berangan pula menjadi habitnya.
Hehehe... alih-alih di situ juga bukan?
Ada baiknya angan-angan atau berangan ini, namun ada buruknya.
Kedua-duanya bergantung kepada masa, tindakan, perancangan dan keperluan mengapa kita perlu melakukannya.
Sekiranya angan-angan menjadi kenyataan, itu adalah bonus kepada kita. Kerana, angan-angan adalah apa yang kita impikan dan mahukan. Apabila kita berjaya mencapainya, kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan itu dikatakan bonus kepada kita, kerana angan-angan kita berjaya kita capai!

Wehoooo..... seronok tu!

Angan-angan dan berangan, tidak kena bayar! Tetapi, ingat! sekiranya kerap, buang masa pula, bukan?
Oleh yang demikian, apabila mahu berangan, berpada-pada ya. masa tidak boleh diundur.


gambar di bawah adalah hiasan :) imej ini siapa? mahu tahu? Elisya izd tidak kenal pun jejaka ini. imej ini dari mana lagi sekiranya bukan dari uncle google..


No comments:

Post a Comment