Followers

Sunday, December 25, 2011

Mia dan Buku Polka Dot

Salam semua....
Okey, Elisya Izd mahu war-warkan, buku ketiga hasil penulisan Elisya Izd akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Jangan lupa dapatkannya...


Kisah buku ini....

Pelit ini kisah Mia yang tidak mahu menulis diari kerana bimbang diarinya dibaca oleh orang lain.
Namun, Mia terpaksa menulis diari. Jadi, di manakah tempat yang sesuai bagi Mia menyembunyikan diarinya dengan selamat?

Mengapa Mia perlu menulis diari?
Mengapa Mia tulis juga walaupun risau diarinya dibaca?
Mengapa Mia masih degil menulis?

Semua ini, pembaca akan ketahui apabila membacanya.

Jangan lupa dapatkannya ya!

Thursday, December 22, 2011

Sambungan PMPB

salam adik-adik,
sambungan PMPB akan Elisya Izd mula menulis selepas Elisya Izd siap menulis buku syok kini...
maaf sekiranya adik-adik tertunggu ya...
sebab dalam perancangan akak, sambungan PMPB selepas akak menulis buku syok yang kedua ini...
kini, status menulis novel syok kedua hampir siap...
selepas itu akak akan menulis sambungan PMPB! horeeey!



pic mr google...

adakah gambar di atas ada kaitan dengan sambungan nanti? hmm...

akak sendiri sudah tidak sabar menulis sambungan PMPB...

Monday, December 19, 2011

Persiapan

Hai adik-adik....
bagaimana aktiviti cuti sekolah adik..
tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi adik akan berbuka sekolah kembali...
selamat ya...

apabila sekolah akan dibuka, adik perlukan persiapan bukan?
hmmm... apa persiapan adik untuk musim persekolahan pada tahun hadapan...

baju sekolah
kasut sekolah
kotak pensel
buku

pada yang bakal UPSR, PMR, SPM perlulah menyediakan perancangan dan persiapan bagi menghadapi ujian itu ya...

jangan malas2 ya dik... walaupun cuaca sejuk je skrg ini... peace!

sayang adik-adik semua...

Tuesday, December 13, 2011

Sejuk ^___^

Adik-adik buat apa sekarang?
Sihat? Apa aktiviti adik sepanjang cuti sekolah ini?
Entri Elisya Izd kali ini perihal sejuk kerana cuaca sejuk sekarang ini.
Suka, tapi harap tiadalah bencana banjir melanda....
Apabila rasa sejuk, terasa badan lemah dan MALAS...
Rasa mahu tidur dan menonton televisyen sahaja...
Adik-adik pula rasa macam mana?
tetapi ingat rasa malas itu, bukan rasa yang baguskan....
elak2kan daripada rasa itu mengusai diri...
Ish, tapi best betul suasana sejuk sekarang ini....



sumber; Mr. google

Tuesday, November 29, 2011

Syukur ke hadrat Illahi

syukur....
ini berikutan hujung minggu yang lepas,
Elisya Izd ada disekitar kuala lumpur dan pergi menjenguk ke kedai buku popular.
Elisya Izd membelek buku Koleksi Adam Kecil: Adam Diculik dan mendapati buku kedua Elisya Izd bersama dengan penulis lain ini juga turut ulang cetak.
Syukur ke hadrat illahi dan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa menyokong karya Elisya Izd... walaupun Elisya Izd baru mahu menapak seperti penulis yang lain...

^____^v

Terima kasih semua....

Tuesday, November 22, 2011

Mana satu ya?

Selesai untuk diari..
Rasa mahu mengatur langkah menulis novel syok pula..
Mana satu ya? sambungan Pen Merah Pen Biru ataupun novel syok baru?
Hmmm... masih mencari idea...
Idea datanglah cepat....

Thursday, November 17, 2011

Next book: Diari

Pertama sekali Elisya Izd mahu mengucapkan semoga berjaya kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR, PMR dan SPM.

Ingat adik-adik, pelajaran penting dalam kehidupan. Pelajaran menentukan masa depan adik. Ingatlah pesanan akak ini ya. Belajar bukan perkara yang merugikan, tetapi sangat menguntungkan.

Okey, sekarang Elisya Izd tengah membaca pruf untuk keluaran terbaru novel akak tapi bukan sambungan Pen Merah Pen Biru. Sebuah novel berkonsep diari. Nantikan ya, insya-Allah sekiranya tiada halangan diari ini akan ada dipasaran.

Jangan lupa dapatkan ya!

Terima kasih juga kepada pembaca yang sentiasa menyokong karya kak. Terima kasih semua. Sayang semuanya.

Saturday, November 5, 2011

PMPB Ulang cetak!

Syukur alhamdulillah atas permintaan dan pasaran novel Pen Merah Pen Biru..
Elisya Izd difahamkan dari editor yang novel ini akan diulang cetak kali ketiga...
Terima kasih Ya Allah...

dan tidak lupa kepada pembaca yang sentiasa menyokong Elisya Izd dan yang sudi membaca novel ini... terima kasih semua. Elisya Izd sayang kalian semua...

Kepada yang belum dapatkan novel ini, dapatkan segera...

Insya-Allah, sambungan buku ini akan menjelma... Elisya Izd merangka sesuatu bagi sambungan novel..

Apa-apa pun Elisya Izd ucap terima kasih kepada semua dan syukur kehadrat illahi..

Thursday, November 3, 2011

Salam Aidiladha

Salam adik2....
Aidiladha akan datang tidak lama lagi...
Persiapan bagi raya ini tidak sedetails raya aidilfitri...
tapi santapan daging korban ditunggu2....

Kali ini Elisya Izd sambut raya dengan berdoa untuk ibu akak di Mekah...
Semoga ibadatnya dirahmati dan dipermudahkan segalanya...
Mudah-mudahan perjalanannya selamat.. amin...
(pertama kali raya mak berjauhan....) sayu... tapi doa sentiasa mengiringi mak di sana....

Wednesday, October 26, 2011

Melukis

Salam semua....
Hari ini Elisya Izd sibuk membaca semula manuskrip...
bagi mencari idea ending sebuah cerita..
semua ini permintaan daripada editor...

melukis sudah siap, hanya tggu pos sahaja...
kemudahan di sini sangat terhad, tidak pasal2 sudah menyusahkan editor pula...
maafkan saya ya...

harap semuanya berjalan lancar... ^__^v

Tuesday, October 11, 2011

Semangat!

Hai, adik-adik!
Apa khabar semua..? Sihatkah?
Hmm.. Elisya Izd termenung seketika dan terfikir bagi sambungan PEN MERAH PEN BIRU..
Apa-apa, Elisya Izd perlu semangat yang luar biasa bagi memulakan dan menyudahkan cerita sambungan ini...
Apa agaknya berlaku pada watak utamanya? watak sampingan...

Okey, semangat! Wish me luck ya!

Friday, September 23, 2011

Tugasan

Aduh! Itu adalah keluhan apabila tugasan diberikan...


betul ataupun tidak?


masing-masing ada jawapannya tetapi Elisya Izd mahu membongkar mengapa keluhan begini berlaku setiap kali tugasan tidak kisah kerja sekolah, ibu minta tolong basuh pinggan, ayah minta tolong ke kedai...


bagi pendapat Elisya Izd hal ini berlaku kerana persediaan diri kita dan penerimaan minda kita kepada sesuatu perkara yang tidak dijangka. sama sahaja dengan Elisya Izd walaupun sudah 20-an masih TERkeluar rintahan begitu. Bila difikirkan kembali tertanya pada diri sendiri, why i like that? why myself can't take the positive side? aihyooo... banyak perkara terfikir tetapi bila dapat tugasan sama sahaja terkeluar.


oleh itu, mari sama-sama motivasi diri dan siap diri dalam keadaan bersedia, jangan tunggu hujan baru mahu ada payung. sekarang panas juga memerlukan payung. oleh demikian, tugasan adalah membentuk diri kita!

Wednesday, September 7, 2011

Salam Aidilfitri

Bagaimana sambutan raya adik-adik?
Pasti kita semua rindukan suasana hari raya.... tidak mengapa masih ada dua minggu lagi untuk beraya, ayuh.. apa lagi adik-adik.

Mari beraya!!!

Apakah tema warna raya adik-adik kali ini...


Elisya Izd warna ______________.


Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya

Elisya Izd mahu mengucapkan...

Selamat hari raya aidilfitri!

Maaf zahir dan batin.

kepada semua pembaca, sahabat, kenalan dan lain-lain yang mengenali Elisya Izd.

Thursday, August 18, 2011

Raya! seminggu lagi!

adik-adik, sedar tak sedar tinggal seminggu sahaja lagi....
bagaimana persiapan adik-adik?

sudah senaraikan keperluan raya?

seronok apabila terimbau kembali zaman raya kanak-kanak/remaja...

seronok... dapat duit raya.. yeay!

tp kini Elisya Izd perlu beri duit raya... hehe.. lariiii.....



Tuesday, August 9, 2011

Berpuasa

Sudah lebih seminggu kita berpuasa...

Bagaimana dengan puasa adik-adik? Penuh tak pada tahun ini?

Jangan ada yang saja2 berbuka ya... kerana itu bukan amalan yang mulia. Setiap puasa yang ditinggal tanpa sebab dan bersebab sekalipun kena bayar semula means ganti puasa semula.


Itulah beza bulan Ramadhan ini dengan bulan yang lain.

Adik-adik mari sama2 kita mencari fadhilat pada bulan Ramadhan.



Sunday, July 24, 2011

Ramadhan coming!

Next week bulan ramadhan menjelma...
Bagaimana dengan puasa ganti yang wajib dibayar balik? sudah bayarkah semuanya?
Apabila sebut pasal ramadhan berkaitan dengan puasa dan juga raya!
yeay!
2minggu awal ramadhan pasti masing-masing bersemangat berpuasa, apabila masuk minggu ketiga bersemangat raya pula.
that's phenomena....
selamat menyambung ramadhan!

Sunday, July 10, 2011

Dairi

Salam dan salam 1 Malaysia...

Buat pengetahuan, Elisya Izd baru sahaja hantar manuskrip berkaitan diari kepada editor PTS One. Berdebar pula hati ini. Risau, takut, runsing semuanya ada. Aduh, risau betul ini.

Manuskrip ini sudah ambil proses yang panjang bagi disiapkan, tidak tahu kenapa... Bagaimana penulis sendiri tidak tahu. Hehe.. apa-apa Elisya Izd tunggu respons daripada editor in charge.

Tuesday, July 5, 2011

Tempat baru

Salam, adik-adik....



kali ini Elisya Izd mahu berkongsi perihal tempat baru...


what the meaning of 'tempat baru'? new place right...



okey, bila di tempat baru, all things and evironment also new (tidak termasuk pakaian ya...)



jadi, kita perlu adaptasi terima perkara baru yang berada disekililingi kita ya...


apabila sudah adaptasi perkara baru itu, insya-Allah, semua berjalan dengan lancar...


seperti adik perlu masuk sekolah berasrama, universiti di mana terpaksa ke tempat baru demi sesuatu perkara yang mulia...


apabila kita lakukan demi perkara mulia, insya-Allah that new place can give we happiness....



how to adaptation?


1. find a true friend

2. accept the situation u must face

3. pray

4. motivation urself when wake up in the morning


insya-Allah, we can fece a new place! good luck adik-adik!

Monday, June 13, 2011

Selamat kembali ke sekolah

Adik-adik, selamat kembali ke sekolah ya....
Jangan malas-malas ya...
Belajar rajin-rajin ya adik-adik...
Ingat pelajaran penting untuk masa depan ya...

Wednesday, June 1, 2011

Status menulis : Diari

Hai... adik-adik... bagaimana dengan cuti sekolah kini?
2 minggu ya cuti sekolah berlangsung, jeles pula Elisya Izd... -_^
Pastikan cuti adik-adik diisi dengan perkara berfaedah ya...

Bagi yang mahu tahu perkembangan Elisya Izd sekarang....
Elisya Izd cuba menyiapkan diari kemudian sebuah cerita baru dibawah label Syok!...
Doakan ya supaya Elisya Izd diberi masa dan ruang bagi bekarya...

Saturday, May 28, 2011

School holiday again!

Wahhh... pasti seronok cuti sekolah kembali lagi.
Rasa Elisya Izd mahu menjadi pelajar sekolah pula di mana dapat merasa cuti sekolah. yehuuu...

Apa aktiviti adik-adik masa cuti sekolah ini?

Hmm... Elisya Izd memang tidak ada kena mengena dengan cuti sekolah, tetapi Elisya Izd rasa mahu menyiapkan novel terbaru.... sudah lama tertangguh sebenarnya... harap dapat siapkan dalam masa terdekat ini....

Apa-apa pu n pasti cuti sekolah dipenuhi dan diisi dengan perkara berfaedah ya.... selamat bercuti semua!!! tiba-tiba rasa jeles pula.. ;(

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei!
Selamat Hari Guru kepada semua kakitangan yang berkhidmat sebagai guru.

Terutama sekali Elisya Izd mahu mengucapkan kepada bekas guru yang sudah mendidik, mengajar dan memberi pengetahuan dalam membentuk Elisya Izd sebagai individu berguna. Tanpa mereka dan jasa kedua orang tua, pasti Elisya Izd tidak menjadi seperti Elisya Izd kini.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu.


Terutama sekali Elisya Izd mengucap selamat ahri ibu kepada ibu kepada Elisya Izd sendiri, Puan Fadhiyah binti Din. Walau di mana jua Elisya Izd berada, ibu tetap dalam ingatan.


Jasa ibu sememang tiada tandingan! Elisya Izd harap ibu sentiasa sihat dan diberi kebahagian. amin.

Friday, May 6, 2011

Cita-cita

PBAKL sudah pun berakhir.
Kali ini Elisya Izd mahu berbicara perihal cita-cita.
Cita-cita? Setiap pasti mempunyai cita-cita bukan?
Cita-cita adalah hala tuju, arah, panduan dan niat seseorang akan masa hadapan yang belum diketahui.
Namun, cita-cita membuatkan sesorang berfikir bagi merealisasikan cita-cita yang mahu dicapai.
Setiap orang perlu cita-cita, walaupun tidak perolehinya sekarang, mungkin suatu hari. Apa yang penting, jangan mudah putus asa.
Tanpa cita-cita kita tidak ada usaha dan upaya mahu mencapai perkara di masa hadapan.

Oleh itu, nasihat kak elisya kepada adik-adik, tanamkan cita-cita walaupun cita-cita sentiasa berubah mengikut umur. walaupun tidak mencapai cita-cita pertama, tidak mustahil cita-cita kedua kita akan tercapai.

Kuatkan semangat itu yang penting bagi mencapai cita-cita!

Wednesday, April 20, 2011

PBAKL@KLIBF


PBAKL@KLIBF kembali!
Ayuh, meriahkan PWTC pada 22 April sehingga 1 Mei.
Jangan lupa dapatkan buku Pen Merah Pen Biru ya!
Tidak lupa juga buku Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik yang mungkin berada pada pertengahan pesta ini di booth PTS.
Terdapat banyak diskaun yang diberikan, serta hadiah menarik!
Mari, kita ke sana!

Monday, April 18, 2011

Kaver Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik


Hai semua!
Ini adalah kaver buku Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik.
Buku ini adalah karya kedua daripada Elisya Izd khusus kepada pembaca kanak-kanak.
Buku ini akan ada di pasaran buku tidak lama lagi.
Dapatkan ya! Tolong rekomenkan kepada adik sekiranya ada.
Terima kasih semua!


Saturday, April 16, 2011

Buku kanak-kanak dari Elisya Izd

Buku kanak-kanak Siri Adam Kecil dari Elisya Izd akan menemui pembaca.
Ini adalah buku kanak-kanak di mana Elisya Izd menyumbang karya dalam Koleksi Cerita Adam Kecil: Adam Diculik!
Siri Adam Kecil ini adalah cerita yang sudah kukuh dan sudah lama berada di pasaran buku.
Elisya Izd sekadar menempah dan menumpang dalam watak yang sudah kukuh berdiri ini.
Elisya Izd merebut tawaran yang ditawarkan kerana sebagai cabaran kepada Elisya Izd sendiri.
Harap, buku ini mendapat sambutan yang baik.
Kaver buku ini akan Elisya Izd upload kemudian.
Kepada sesiapa yang mempunyai adik, cadangkan kepada mereka ya!

Monday, April 11, 2011

Ulang cetak!

Syukur, alhamdulillah!
Buku pertama karya Elisya Izd diulang cetak.
Elisya Izd baru dapat maklumat perihal hal ini.
Syukur dan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa menyokong Elisya Izd.

(^___________________^)

Terima kasih kepada pembaca yang sudah dapatkan buku Pen Merah Pen Biru.

Kepada yang belum dapatkan, dapatkan ya! Disebabkan itu, buku ini diulang cetak supaya yang belum dapatkan boleh memilikinya juga!

Apa-apa pun Elisya Izd mengucap ribuan terima kasih atas sokongan ini. Terharu sangat tau!

Terima kasih sekali lagi kerana tanpa pembaca perkara ini tidak akan berlaku. Terima kasih!

Saturday, April 9, 2011

Kejutan


Kali ini Elisya Izd berbicara perihal kejutan.
Kejutan sesuatu perkara yang tidak disangka berlaku sama ada dirancang ataupun tidak dirangcang oleh orang lain.
Tetapi, kadangkala kejutan itu membawa berita baik dan kadangkala berita buruk.
Kejutan membuatkan kita kembali sedar kerana kadangkala kita alpa.
Kejutan membuatkan kita seronok dan juga tidak.
Namun begitu, kejutan tidak kerap berlaku dalam hidup kita.

gmbr dr mr google.


Kejutan adalah elemen dalam kehidupan yang menyinar dalam kehidupan kita.

Wednesday, April 6, 2011

Terima Kasih Elisya Izd ucapkan

Entri kali ini, khusus perihal terima kasih.
Elisya Izd mahu mengucap ribuan terima kasih kepada pembaca yang sudah membaca, mendapatkan dan membeli buku Pen Merah Pen Biru.
Harap buku ini dapat memenuhi cita rasa pembaca semua.
Elisya Izd sangat menghargai.







Semua pic ini daripada uncle google ya! Apa-apa pun Elisya Izd sayang kamu semua!