Followers

Sunday, December 25, 2011

Mia dan Buku Polka Dot

Salam semua....
Okey, Elisya Izd mahu war-warkan, buku ketiga hasil penulisan Elisya Izd akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Jangan lupa dapatkannya...


Kisah buku ini....

Pelit ini kisah Mia yang tidak mahu menulis diari kerana bimbang diarinya dibaca oleh orang lain.
Namun, Mia terpaksa menulis diari. Jadi, di manakah tempat yang sesuai bagi Mia menyembunyikan diarinya dengan selamat?

Mengapa Mia perlu menulis diari?
Mengapa Mia tulis juga walaupun risau diarinya dibaca?
Mengapa Mia masih degil menulis?

Semua ini, pembaca akan ketahui apabila membacanya.

Jangan lupa dapatkannya ya!

Thursday, December 22, 2011

Sambungan PMPB

salam adik-adik,
sambungan PMPB akan Elisya Izd mula menulis selepas Elisya Izd siap menulis buku syok kini...
maaf sekiranya adik-adik tertunggu ya...
sebab dalam perancangan akak, sambungan PMPB selepas akak menulis buku syok yang kedua ini...
kini, status menulis novel syok kedua hampir siap...
selepas itu akak akan menulis sambungan PMPB! horeeey!



pic mr google...

adakah gambar di atas ada kaitan dengan sambungan nanti? hmm...

akak sendiri sudah tidak sabar menulis sambungan PMPB...

Monday, December 19, 2011

Persiapan

Hai adik-adik....
bagaimana aktiviti cuti sekolah adik..
tinggal lebih kurang dua minggu sahaja lagi adik akan berbuka sekolah kembali...
selamat ya...

apabila sekolah akan dibuka, adik perlukan persiapan bukan?
hmmm... apa persiapan adik untuk musim persekolahan pada tahun hadapan...

baju sekolah
kasut sekolah
kotak pensel
buku

pada yang bakal UPSR, PMR, SPM perlulah menyediakan perancangan dan persiapan bagi menghadapi ujian itu ya...

jangan malas2 ya dik... walaupun cuaca sejuk je skrg ini... peace!

sayang adik-adik semua...

Tuesday, December 13, 2011

Sejuk ^___^

Adik-adik buat apa sekarang?
Sihat? Apa aktiviti adik sepanjang cuti sekolah ini?
Entri Elisya Izd kali ini perihal sejuk kerana cuaca sejuk sekarang ini.
Suka, tapi harap tiadalah bencana banjir melanda....
Apabila rasa sejuk, terasa badan lemah dan MALAS...
Rasa mahu tidur dan menonton televisyen sahaja...
Adik-adik pula rasa macam mana?
tetapi ingat rasa malas itu, bukan rasa yang baguskan....
elak2kan daripada rasa itu mengusai diri...
Ish, tapi best betul suasana sejuk sekarang ini....



sumber; Mr. google