Followers

Tuesday, November 29, 2011

Syukur ke hadrat Illahi

syukur....
ini berikutan hujung minggu yang lepas,
Elisya Izd ada disekitar kuala lumpur dan pergi menjenguk ke kedai buku popular.
Elisya Izd membelek buku Koleksi Adam Kecil: Adam Diculik dan mendapati buku kedua Elisya Izd bersama dengan penulis lain ini juga turut ulang cetak.
Syukur ke hadrat illahi dan terima kasih kepada pembaca yang sentiasa menyokong karya Elisya Izd... walaupun Elisya Izd baru mahu menapak seperti penulis yang lain...

^____^v

Terima kasih semua....

Tuesday, November 22, 2011

Mana satu ya?

Selesai untuk diari..
Rasa mahu mengatur langkah menulis novel syok pula..
Mana satu ya? sambungan Pen Merah Pen Biru ataupun novel syok baru?
Hmmm... masih mencari idea...
Idea datanglah cepat....

Thursday, November 17, 2011

Next book: Diari

Pertama sekali Elisya Izd mahu mengucapkan semoga berjaya kepada adik-adik yang akan menduduki UPSR, PMR dan SPM.

Ingat adik-adik, pelajaran penting dalam kehidupan. Pelajaran menentukan masa depan adik. Ingatlah pesanan akak ini ya. Belajar bukan perkara yang merugikan, tetapi sangat menguntungkan.

Okey, sekarang Elisya Izd tengah membaca pruf untuk keluaran terbaru novel akak tapi bukan sambungan Pen Merah Pen Biru. Sebuah novel berkonsep diari. Nantikan ya, insya-Allah sekiranya tiada halangan diari ini akan ada dipasaran.

Jangan lupa dapatkan ya!

Terima kasih juga kepada pembaca yang sentiasa menyokong karya kak. Terima kasih semua. Sayang semuanya.

Saturday, November 5, 2011

PMPB Ulang cetak!

Syukur alhamdulillah atas permintaan dan pasaran novel Pen Merah Pen Biru..
Elisya Izd difahamkan dari editor yang novel ini akan diulang cetak kali ketiga...
Terima kasih Ya Allah...

dan tidak lupa kepada pembaca yang sentiasa menyokong Elisya Izd dan yang sudi membaca novel ini... terima kasih semua. Elisya Izd sayang kalian semua...

Kepada yang belum dapatkan novel ini, dapatkan segera...

Insya-Allah, sambungan buku ini akan menjelma... Elisya Izd merangka sesuatu bagi sambungan novel..

Apa-apa pun Elisya Izd ucap terima kasih kepada semua dan syukur kehadrat illahi..

Thursday, November 3, 2011

Salam Aidiladha

Salam adik2....
Aidiladha akan datang tidak lama lagi...
Persiapan bagi raya ini tidak sedetails raya aidilfitri...
tapi santapan daging korban ditunggu2....

Kali ini Elisya Izd sambut raya dengan berdoa untuk ibu akak di Mekah...
Semoga ibadatnya dirahmati dan dipermudahkan segalanya...
Mudah-mudahan perjalanannya selamat.. amin...
(pertama kali raya mak berjauhan....) sayu... tapi doa sentiasa mengiringi mak di sana....