Followers

Monday, March 26, 2012

Pengalaman Manis

Salam semua...
Sihat... hari ini Kak Elisya Izd mahu berceloteh perihal pengalaman... ada ke tidak ya entri fasal pengalaman sebelum ini?

Okey, kali ini skop Kak Elisya Izd lebih mendalam perihal pengalaman manis... pasti setiap orang pernah melalui saat pengalaman manis, namun kita tidak ketahui adakah itu yang dikatakan pengalaman manis...

Selama ini pun Kak Elisya Izd tidak pasti pernah merasainya, selepas merasainya Kak Elisya Izd beryukur kerana Allah memberi peluang itu kepada Kak Elisya Izd...

Pengalaman daripada pelbagai peristiwa dan salah satu menerima keputusan setelah berhimpas pulas dalam pembelajaran...
Pengalaman daripada keluarga dan pelbagai lagi...

Namun Kak Elisya Izd mahu maklumkan, apabila adik-adik merasai dan melalui pengalaman itu, adik akan berkata dengan sendiri syukur ke hadrat Illahi atas limpah rahmat-Nya...

Percayalah... pengalaman manis adalah daripada-Nya...
sebagai umat-Nya apabila diberi peluang itu, kita patut bersyukur....

Saturday, March 17, 2012

Bahasa menyampaikan maksud

Manusia sentiasa melakukan kesilapan kerana kita bukan insan yang sempurna...

Setiap perbuatan yang salah perlu ditegur....
namun untuk menegur ada caranya...

Tidak salah menegur tetapi gunalah bahasa yang sesuai!

Bukankah seorang pendidik tugasnya adalah mendidik?
Bukankah seorang ibu dan bapa mendoakan yang terbaik untuk anaknya?
Bukankah seorang guru mendoakan kejayaan anak muridnya?

Sebagai orang yang memberi tunjuk ajar, ikhlaskan hati anda....

~hati yang terluka sukar untuk diubati!~

Monday, March 12, 2012

Mengarang dalam menanti!

Hari ini baru kesempatan Elisya Izd menulis itu dan ini di blog ini....
Tesis untuk mengetahui keputusan sudah dihantar... sekarang wait for a result... hope hear a good thing!

Sambil menunggu, Elisya Izd ambil kesempatan mengarang sambungan PMPB yang tergendala semenjak memberi penuh perhatian pada tesis.
Harap, tesis Kak Elisya Izd lepas dan tidak perlu baiki lagi... klu kena beki lagi, sekali lagi smbgn PMPB akan tergendala....

Apa-apa pun pendidikan penting untuk masa hadapan, sekiranya dapat bahagikan masa dengan baik, bolehlah beri perhatian kedua-duanya serentak tapi kak Elisya Izd x mampu kerana takut dalam tesis tulis ayat novel pula... hehe...

Doakan tesis Kak Elisya Izd berjaya adik-adik! Terima kasih kepada yang sudi!^^