Followers

Thursday, January 27, 2011

Buku pada bulan Febuari

Nampaknya, buku pertama Elisya Izd tidak dapat siap pada bulan Januari.

Difahamkan akan masuk pada bulan Febuari.

Apa-apa, harapnya buku ini mendapat sambutan.

Tuesday, January 25, 2011

Manfaat Membaca

Sekadar berkongsi daripada pendapat Elisya Izd.

Manfaat membaca diperolehi daripada membaca, bukan?

Kadangkala ada yang mengantuk apabila membaca, kadangkala ada yang tertarik sehingga mahu habiskan pada masa itu juga buku yang dibaca.

Namun, itu bergantung kepada individu itu sendiri dan pemilihan buku yang tepat dengan jiwanya. Antara manfaat membaca adalah;

  1. Menambah pengetahuan
  2. Mengisi masa dengan perkara berfaedah
  3. Dapat membantu menyegarkan fikiran
  4. Bertindak melapangkan fikiran pembaca
  5. Mengerat siratulrahim
  6. Budaya yang sihat
  7. Menjadi individu berilmu
  8. Sikap prihatin

Ini sekadar daripada pandangan Elisya Izd, harap budaya membaca ini membantu menjadi lapan pilihan di atas.

Sudah akhir Januari

Hari ini sudah 25 hb, tetapi buku pertama Elisya Izd masih belum siap dicetak....

Apa-apa pun Elisya Izd sabar menanti....

Sekiranya dikejar, lain pula jadinya bukan?

Harap, semuanya baik sahaja.

Wednesday, January 12, 2011

Belum cuba belum tahu, bukan?

Salam,

Elisya Izd harap buku Pen Merah Pen Biru mendapat sambutan apabila keluar nanti.

Elisya Izd terfikir mahu menulis buku kanak-kanak pula?

Bagaimana ya? Adakah sama seperti menulis novel remaja.

Namun, belum cuba belum tahu bukan?


Tuesday, January 11, 2011

Perkembangan terbaru!

Kini, buku Pen Merah Pen Biru sedang dicetak.

Mudah-mudahan baik-baik sahaja!

Tidak sabar menanti respons pembaca.

Monday, January 3, 2011

Diari

Bagaimana ya mahu menulis diari?

Adakah sama seperti menulis blog?

Bagaimana ya? Masih terfikir-fikir bagaimana....

(^__-)

Sunday, January 2, 2011

Belajar dengan tekun!

Kepada adik-adik semua, Akak Elisya Izd mahu ucapkan selamat kembali ke sekolah.

Belajar rajin-rajin, kelak dapat menjadi individu berguna.

Belajar dengan tekun ya, dengan pelajaran menentukan diri adik pada masa hadapan!

Cayok! Berusaha! Semangat!

Saturday, January 1, 2011

Tahun 2011

Selamat tahun baru semua. 2011 sudah menjelma.

Harap semua persiapan sekolah adik-adik berjalan lancar.

Selamat kembali ke sekolah, belajar rajin-rajin ya.

2011, nantikan kemunculan buku Pen Merah Pen Biru di pasaran buku Malaysia.

Terima kasih sekali lagi kepada yang menyokong Elisya Izd.