Followers

Thursday, August 1, 2013

Syawal kembali!

As salam,

Kepada semua, Kak Elisya Izd mahu ucapkan "selamat hari raya" walaupun masih berbaki 7 hari lagi...

Ayuh, bermaaf-maafan di hari raya sambil kumpul duit raya...


ho! ho! ho! balik kampung, hati riang!

Wednesday, May 15, 2013

Bangun! Sedar! T______T

Salam 1 Malaysia...

Aduh, tiba2 tersedar Elisya Izd sekarang banyak buang masa dengan laman sosial terutama shopping online...
rasa ingin menulis dengan rancak itu ada, tetapi entah mengapa ia menjadi layu...
ada tak 'suntikan' yang boleh buat Elisya Izd cergas kembali...

hah! ada....


tiba2 rasa mahu ada doreamon kerana poketnya.. hehe
mungkin poketnya ada 'suntikan' yang diperlukan oleh Elisya Izd ini...

*hanya mimpi siang dan malam
layan dlu mimpi ini..

tengok, doreamon boleh bagi alat-alat terbang itu. ^^
Elisya Izd mahukan seperti 'suntikan' inilah.


*pesanan!
Jangan mimpi akan ada mahluk seperti doreamon ini untuk membantu!

kerana 

Ia hanya makhluk ciptaan manusia yang terbaik di alam maya... semata-mata!

Ini juga merupakan kesan tontonan yang dibawa sejak kecil ini, berjaya mempengaruhi minda dewasa ini...

Doreamon? Dewasa? gulp (sentap)..

BANGUN! SEDAR! 
ELISYA IZD

kita perlu mencari 'suntikan' sendiri untuk berjaya!
tidak kisahlah siapa di sisi, siapa di hadapan, buku di depan atau apa pun alat yang boleh membantu, tetapi sekiranya diri sendiri tidak ada 'suntikan' pasti tidak akan berjaya.

ayuh berusaha mencari 'suntikan' itu.

Bagi Elisya Izd sekarang adalah suntikan semangat! 
Jangan selesa dengan kedudukan yang diperolehi sekarang, kerana kita sentiasa ada peluang untuk maju lagi ke hadapan!

(harap entri ini dapat membantu Elisya Izd kembali dengan 'suntikan' baru!)

wish me luck! and i'm also wish you back!



Tuesday, April 23, 2013

video comel

As salam....

wahh.. sekarang merata tempat cerita tentang video gwiyomi kan...
video paling simple dan comel...

secomel orangnya kan....



bukan kata peminat perempuan yang suka video comel ini..
malah peminat lelaki... sweetkan ^^
bukan apa, apabila video itu sedap mata memandang sesiapa sj menyukainya...
namun sekiranya lelaki menyukainya memandakan lelaki itu juga sweet... n comel ^^
ayuh layan video comel gwiyomi.. sila ke youtube ya...
pelbagai video gwiyomi dan gwiyomi yang ditirupun ada...
ikut citarasa masing-masing...

tetapi Elisya izd paling suka video budak perempuan yang kecil itu smbil bermain gitar.

Yeay!

psst! comelkan budak perempuan kecil itu... tomel2!
 maaf tiada video disertakan.. hehe

Saturday, April 20, 2013

Pesta Buku 2013

As salam....

Sudah lama Elisya Izd tidak update blog ini, begitu juga dengan FB...
sejak berubah status ini kehidupan juga berubah...
hmmm... sekiranya dua perkara ini pun tidak sempat dilayan, bagaimana dengan status buku terbaru...
sob sob... Elisya Izd masih belum berkesempatan untuk menulis dengan siap...
semua masih separuh jalan...

maafkan.. insya-Allah akan datang Elisya Izd cuba buat jadual untuk kehidupan penulisan lebih teratur...
ini pun tersedar apabila semua orang sibuk-sibuk sebut fasal pesta buku 2013..

seronoknya sekiranya berpeluang ke sana...
boleh jumpa kawan-kawan tetapi nampak gayanya tahun ini Elisya Izd tidak kesempatan ke sana kerana akan balik Perlis untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia...

Undi hak kita! Undi juga rahsia.

Kepada adik-adik, ayuh terjah pesta buku ya. Maaf tiada yang terbaru daripada kak Elisya Izd. selamat membeli karya yang diminati.

Ayuh Serbu PWTC 26 April - 5 Mei 2013 ^^

Monday, September 17, 2012

26 Mei 2012 - Tika kami disahkan 'hubby n wify'

Salam,
Hari ini memandangkan cuti 1 Malaysia, kak Elisya Izd mahu ucapkan salam 1 Malaysia...
Hari ini, Kak Elisya Izd akan upload gambar picture wedding yang seperti Kak Elisya Izd janji tempoh hari..
Maaf kerana lambat sebab kak Elisya Izd pun baru sahaja menerima picture2 wedding...
Sudah 3 bulan berlalu, tetapi bila tengok balik gambar kahwin, tiba2 rasa mcam pngtn baru pula...
Hehe... marilah tengok gambar kek Elisya Izd bersama suami pad detik bahagia kami berdua..

Malam akad nikah 
26 Mei











1st Reception at Perlis
27 Mei







2nd Reception at Terengganu
1 Jun



Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini diberkati oleh rahmat-Nya. Amin. 
Doa yang terbaik untuk perkahwinan Kak Elisya Izd ya. 

*Sekarang kami masih dalam PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)
Doakan kami dekat ya.. boleh Kak Elisya Izd menjalani kehidupan isteri setiap hari. 
- Basuh baju
- Siapkan makanan
- Menonton televisyen bersama
- Gosokkan baju
- Dll....
untuk setiap hari, bukan sekadar hujung minggu..

Sunday, September 9, 2012

Salam aidilfirti

Salam....
Hehe... malu pula dengan entri Elisya Izd kali ini.
Yalah, dihujung-hujung Syawal baru mahu buat post salam aidilfitri.
Tidak mengapa, Elisya Izd tetap mahu mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin ya.
Maafkanlah Elisya Izd ya kerana terlambat untuk post raya. Tetapi di Facebook Elisya Izd sudah pun mengucapkannya. Hehe....

Ayuh, tunggu kemunculan novel terbaru Elisya Izd tetapi bukan sambungan PMPB lagi ya. PMPB, selepas novel akan terbit nanti. Insya-Allah. Doakan yang terbaik untuk Kak Elisya Izd ya! Sayang semua!

Sunday, June 17, 2012


salam....
Hari ini Kak Elisya sekadar berkongsi dengan kata-kata mutiara di atas...
Tiada apa sebab pun cuma semasa mengooglekan.. ternampak kata-kata indah ini...
Apa lagi, Kak Elisya save as image dan celotehlah di sini...
Rasa sudah lama Kak Elisya Izd tidak itu dan ini kan...
Kak Elisya Izd tahu, ramai yang mengingikan 'Cinta'

Cinta tidak pernah salah dalam apa jua keadaan, namun akal fikiran yang dimiliki oleh kita yang tidak dapat memproses apatah lagi mengikut dengan nafsu...
Ingat adik, gunalah akal fikiran dengan baik dalam bercinta dan bercintalah mencari cinta sejati..
Kerana kata-kata mutiara di atas menunjukkan cinta sejati adalah daripada HATI....

kerana bibir, cinta boleh musnah....
kerana lidah, cinta turut boleh musnah...
kerana fikiran yang tidak baik, cinta boleh memudaratkan..
seeloknya cintalah dari HATI... kerana hati kita sungguh suci....
Jangan musnahkah HATI kita dengan cinta yang tidak patut...

Sekadar memberi nasihat buat adik-adik yang Kak Elisya Izd sayang... 
Sekiranya dapat seimbang dengan pelajaran tiada masalah...
Tetapi lebih elok, belajar kemudian bercinta... 
Apabila kita berjaya mencapai Cinta Sejati semuanya pasti mudah walaupun ada cabarannya...