Followers

Thursday, February 24, 2011

Cinta


Okey, kali ini Elisya Izd mahu berkongsi cerita perihal kasih sayang yang mekar menjadi CINTA. jangan salah faham, cinta ini bukan kepada pasangan kekasih sahaja tetapi cinta suami isteri, adik beradik, sahabat, ayah dan anak dan sebagainya.


Jangan salah anggap yang cinta untuk pasangan kita sahaja! ingat ya! kita berhak merasai cinta dan memberi cinta kepada yang lain. tanpa rasa cinta, kita selalu berasa ketidakpuasan hati kepada yang lain. namun, apabila kita merasai cinta, apa yang dilakukan oleh cinta kita itu, kita dapat menerima dengan baik.

Oleh demikian, jangan salah tafsir maksud cinta yang berhak kita gunakan kepada semua. Jangan pratikkan cinta monyet kerana cinta ini cinta kepada pasangan kita sepertimana monyet berlompat dari dahan ke dahan.

Merbahaya~

Tuesday, February 15, 2011

Kisah Pen Merah Pen Biru

Ada yang bertanyakan kepada Elisya Izd perihal kisah novel Pen Merah Pen Biru. Oleh itu, Elisya Izd serta serba sedikit ringkasan bagi buku itu. Harap dapat memikat hati pembaca.

Kisah buku Pen Merah Pen Biru adalah berlatar belakang di sekolah dan di universiti. Watak Si Pen Biru tidak sempat mengenali Si Pen Merah. Namun, dia sudah menjusifikasi Si Pen Merah begitu dan begini.

Setelah sekian lama, Si Pen Biru kembali mencari musuhnya, Si Pen Merah, iaitu selepas beberapa tahun selepas tamat seisi persekolahan. Dapatkah Si Pen Biru menemui Si Pen Merah?

Bagi mengetahui lebih lanjut, dapatkan novel ini sama ada memberli di kedai buku berhampiran ataupun secara online melalui laman web PTS.

Friday, February 11, 2011

Buku Pen Merah Pen Biru sudah terbit!


Buat pengetahuan adik-adik, buku pertama daripada Kak Elisya Izd sudah siap dicetak pada awal Febuari yang lalu.

Mungkin akan berada di pasaran dalam masa terdekat ini.

Adik-adik boleh dapatkan dikedai berhampiran ya!

Terima kasih kerana menyokong! (^___^)

Selamat membaca.

Harap adik-adik juga dapat memberi komen supaya bagi penulisan buku yang seterusnya, Kak Elisya Izd dapat memperbaiki supaya dapat memberi yang lebih terbaik!

Wednesday, February 9, 2011

Masa

Kali ini, Elisya Izd berkongsi pendapat perihal masa pula.

Seringkali dengar ungkapan, masa itu emas dan masa itu berharga.

Pada pendapat Elisya Izd, memang benar, masa itu berharga dan tidak mampu menandangi nilai emas. Masa yang tidak dapat penuhi dengan sabiak mungkin, kita pasti merasa menyesal kerana masa yang lalu tidak dapat undur kembali.

Oleh yang demikian, masa yang ada perlu diserta dengan perancangan. Setiap perancangan juga perlu masa bagi merealisasikannya.

Kebenarannya, masa membentuk diri kita tanpa disedari.


Gambar dr Mr. google

Tuesday, February 8, 2011

Buku sudah siap!

Syukur, buku Pen Merah Pen Biru sudah siap dicetak.

Ayuh, dapatkan buku ini di pasaran.

Harapan, buku ini berjaya menawan hati pembaca.

Tuesday, February 1, 2011

Febuari

Hari ini sudah masuk bulan Febuari. Sedar tidak sedar, sudah sebulan dalam tahun 2011.

Apakah adik-adik sudah lakukan sepanjang bulan Januari?

Bulan March pula cuti sekolah bukan?

Febuari, bulan yang pendek tempoh harinya.

Justeru, kita harus bijak merancang kehidpuan kerana perancangan membentuk diri kita lebih teratur dan berjaya. Sekiranya perancangan itu tidak menjadi, tetapi kita pernah usaha bagi sasuatu perkara itu bagi menjayakan rancangan kita. Sekiranya kita tidak punya perancangan, apa yang menjadi panduan kita dalam kehidupan?


gambar dari Mr. Google

Elisya Izd hanya berkongsi perihal perkataan perancangan atau planning.

Usah jadi seperti gambar di bawah.

gambar dari Mr. Google