Followers

Friday, December 31, 2010

Terima kasih adik-adik!

pic dari Mr. Google


Terima kasih adik-adik. Itu sahaja ucapan yang Akak Elisya Izd dapat ucapkan atas sokongan.

Akak Elisya Izd sangat teruja dengan respons adik-adik.

Sekiranya ada persoalan, boleh private masseage ataupun chatting di ruang Facebook Kak Elisya Izd.

Thursday, December 30, 2010

Kini buku di laman web PTS

Kini, buku sudah berada di laman web penerbit.

Syukur, alhamdulillah. Berkat semua, buku hanya tunggu berada di pasaran selepas proses cetakan.

Kepada adik-adik, selamat belajar. Sekolah akan bermula pada minggu hadapan.

Jangan malas-malas ya!

Jangan lupa dapatkan buku Pen Merah Pen Biru ya!

Tuesday, December 28, 2010

Kaver bagi buku Pen Merah Pen Biru


Akhirnya, Elisya Izd sudah dapat kaver buku Pen Merah Pen Biru. (^_____^)


Pen merah,
Pen biru,
Saya marah,
Awak tahu?

Ini adalah ungkapan yang berlainan daripada yang sering kita didengari sebelum ini.

Insya-Allah, Januari buku ini akan ada di pasaran.

Buku ke pencetak

Buku Elisya Izd yang diterbit bersama penerbit PTS One Sdn. Bhd. akan ke pencetak pada minggu ini.

Insya-Allah, tiga minggu lagi akan berada dalam stor buku PTS Sdn. Bhd.

Terima kasih kepada semua tenaga kerja bagi menyiapkan buku ini.

Kaver buku ini, Elisya Izd akan upload apabila sudah dapat daripada pereka grafik yang ditugaskan.


Wednesday, December 22, 2010

Nantikan!

Hari ini Elisya Izd dapat writer pruf daripada editor.

Berkobar, teruja, seronak, tidak sangka dan pelbagai lagi perasaan sudah menjelma.

Takut pula rasanya, harap respons pembaca baik-baik sahaja.

(^ __ ^)

Friday, December 17, 2010

Perihal Pen Merah Pen Biru

Pen Merah, Pen Biru adalah tajuk buku pertama daripada Elisya Izd.

Kebiasaanya begini,

Pen merah,
Pen Biru,
You marah,
I love you.

Tetapi, bagi karya Elisya Izd ini berbeza daripada kebiasaan itu.

Nantikan ya!

(^ - * )v

Wednesday, December 15, 2010

Facebook

Salam,

Hari ini Elisya Izd tubuhkan facebook bagi Elisya Izd.

Ini dilakukan sebagai persiapan apabila buku diterbitkan nanti.

Oleh itu, Elisya Izd dapat mempromosikan buku selain daripada di blog ini.

Harap, semuanya berjalan lancar!

(*-^)

Tuesday, December 14, 2010

Lakaran kaver buku pertama


Lakaran kaver nanti bagaimana rupanya?

Hmm... berdebar!

Ada warna merahkah? birukah? hijaukah?


hanya sekadar gambar yang diambil dari Mr. google.


Bagaimana rupa kaver itu pun, Elisya Izd yakin dengan pereka grafik itu.

Cayok! Sabar menanti buku.

(^*^)v

Sunday, December 12, 2010

Buku akan terbit!



Saya adalah penulis baru. ;)

Novel pertama akan diterbitkan pada bulan Januari 2011.

Risau juga, bagaimana sambutannya nanti.

Harap baik-baik sahaja.

Kini, buku yang akan diterbitkan dalam proses suntingan.

Tidak sabar rasanya. Mungkin ini perasaan bagi karya yang pertama.