Followers

Tuesday, January 17, 2012

Menapak dengan proposal

Syukur, hari ini Elisya Izd sudah siap manuskrip terbaru dan akan mula langkah untuk manuskrip seterusnya.

Next manuskrip yang akan menapak bersama proposal adalah sambungan Pen Merah Pen Biru. Harap kali ini, Elisya Izd mampu menaip dengan laju bersama idea sambungan ini. Ini kerana, insya-Allah dengan izin-Nya, Kak Elisya Izd akan sibuk dengan perancangan masa hadapan tidak lama lagi. ^_____^

Harap, sambungan Pen Merah Pen Biru ini memberi adik senyuman terutama kepada pembaca yang mengikuti cerita PMPB ini.

Okey, Kak Elisya mahu menulis proposal sebentar. Harap semuanya dipermudahkan.

Monday, January 16, 2012

Malas?

Mengapa malas menjadi topik?

Ini kerana status Elisya Izd dalam FB. ^^

Malas bermaksud tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu (kamus dewan bahasa)..

SAH! Kak Elisya Izd sekarang dalam kategori malas... hehe.. tapi tidak mengapa, malas tanpa ada kerja yang perlu dilaksanakan dengan segera.


Okey... kali ini Elisya Izd mahu berbicara perihal malas?

Tapi, adik-adik jangan malas okey... rajin2 buat kerja sekolah. nnti pasti adik rindu dengan kerja sekolah apabila sudah tamat belajar sepertimana Kak Elisya Izd berasa sekarang... kenangan di sekolah, tiada tandingannya...

SMILE ^________^

Okey, perasaan malas apabila sudah dikuasai diri, rajin pun tidak dapat tandingi.. namun, ingat amalan malas ini tidak elok dipratikkan. apabila perasaan malas datang menjenguk pada diri, cepat2 elakkan...

bagaimana?

1. cakap pada diri saya rajin.
2. berusaha membuat kerja kerana takut dimarahi
3. lapangkan fikiran seketika dan sambung lakukan kerja semula.

Tuesday, January 3, 2012

Belajar rajin-rajin!

Salam...
Selamat kembali ke sekolah adik-adik...
Jangan bermalasan...
Nanti cuti datang lagi...
Semoga berjaya adik-adik terutama kepada yang akan menduduki peperiksaan besar UPSR, PMR dan SPM.
Jangan belajar last minute ye dik... bahaya, buat adik demam pula minute terakhir itu bagaimana mahu jawabkan?

Sunday, January 1, 2012

2012

Selamat tahun baru! adik-adik!!!



Tahun baru...
Umur baru...
Azam baru...


Walaupun semua baru, itu tidak bermaksud yang lama harus dilupakan... sekiranya azam lama belum tercapai dan masih relevan, boleh capai dalam tahun baru ini... azamkan x de expired.. hehe...

Sekiranya tahun lalu memberi kenangan pahit, tahun baru tidak semestinya kenangan pahit itu menjelma kembali. Jadi, gunakan tahun baru untuk ubah tahun lama...

Walau bagaimanapun, apa yang tidak boleh diubah dan sentiasa bergerak saban tahun adalah.... umur.

Oleh demikian nasihat Elisya Izd kepada semua, jangan sia-siakan peluang yang Allah s.w.t berikan, gunakan dengan sebaiknya dan jangan lupa kepada-Nya.