Followers

Saturday, May 28, 2011

School holiday again!

Wahhh... pasti seronok cuti sekolah kembali lagi.
Rasa Elisya Izd mahu menjadi pelajar sekolah pula di mana dapat merasa cuti sekolah. yehuuu...

Apa aktiviti adik-adik masa cuti sekolah ini?

Hmm... Elisya Izd memang tidak ada kena mengena dengan cuti sekolah, tetapi Elisya Izd rasa mahu menyiapkan novel terbaru.... sudah lama tertangguh sebenarnya... harap dapat siapkan dalam masa terdekat ini....

Apa-apa pu n pasti cuti sekolah dipenuhi dan diisi dengan perkara berfaedah ya.... selamat bercuti semua!!! tiba-tiba rasa jeles pula.. ;(

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

16 Mei!
Selamat Hari Guru kepada semua kakitangan yang berkhidmat sebagai guru.

Terutama sekali Elisya Izd mahu mengucapkan kepada bekas guru yang sudah mendidik, mengajar dan memberi pengetahuan dalam membentuk Elisya Izd sebagai individu berguna. Tanpa mereka dan jasa kedua orang tua, pasti Elisya Izd tidak menjadi seperti Elisya Izd kini.

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Selamat hari ibu kepada semua yang bergelar ibu.


Terutama sekali Elisya Izd mengucap selamat ahri ibu kepada ibu kepada Elisya Izd sendiri, Puan Fadhiyah binti Din. Walau di mana jua Elisya Izd berada, ibu tetap dalam ingatan.


Jasa ibu sememang tiada tandingan! Elisya Izd harap ibu sentiasa sihat dan diberi kebahagian. amin.

Friday, May 6, 2011

Cita-cita

PBAKL sudah pun berakhir.
Kali ini Elisya Izd mahu berbicara perihal cita-cita.
Cita-cita? Setiap pasti mempunyai cita-cita bukan?
Cita-cita adalah hala tuju, arah, panduan dan niat seseorang akan masa hadapan yang belum diketahui.
Namun, cita-cita membuatkan sesorang berfikir bagi merealisasikan cita-cita yang mahu dicapai.
Setiap orang perlu cita-cita, walaupun tidak perolehinya sekarang, mungkin suatu hari. Apa yang penting, jangan mudah putus asa.
Tanpa cita-cita kita tidak ada usaha dan upaya mahu mencapai perkara di masa hadapan.

Oleh itu, nasihat kak elisya kepada adik-adik, tanamkan cita-cita walaupun cita-cita sentiasa berubah mengikut umur. walaupun tidak mencapai cita-cita pertama, tidak mustahil cita-cita kedua kita akan tercapai.

Kuatkan semangat itu yang penting bagi mencapai cita-cita!