Followers

Monday, September 17, 2012

26 Mei 2012 - Tika kami disahkan 'hubby n wify'

Salam,
Hari ini memandangkan cuti 1 Malaysia, kak Elisya Izd mahu ucapkan salam 1 Malaysia...
Hari ini, Kak Elisya Izd akan upload gambar picture wedding yang seperti Kak Elisya Izd janji tempoh hari..
Maaf kerana lambat sebab kak Elisya Izd pun baru sahaja menerima picture2 wedding...
Sudah 3 bulan berlalu, tetapi bila tengok balik gambar kahwin, tiba2 rasa mcam pngtn baru pula...
Hehe... marilah tengok gambar kek Elisya Izd bersama suami pad detik bahagia kami berdua..

Malam akad nikah 
26 Mei











1st Reception at Perlis
27 Mei







2nd Reception at Terengganu
1 Jun



Semoga bahtera perkahwinan yang dibina ini diberkati oleh rahmat-Nya. Amin. 
Doa yang terbaik untuk perkahwinan Kak Elisya Izd ya. 

*Sekarang kami masih dalam PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh)
Doakan kami dekat ya.. boleh Kak Elisya Izd menjalani kehidupan isteri setiap hari. 
- Basuh baju
- Siapkan makanan
- Menonton televisyen bersama
- Gosokkan baju
- Dll....
untuk setiap hari, bukan sekadar hujung minggu..

Sunday, September 9, 2012

Salam aidilfirti

Salam....
Hehe... malu pula dengan entri Elisya Izd kali ini.
Yalah, dihujung-hujung Syawal baru mahu buat post salam aidilfitri.
Tidak mengapa, Elisya Izd tetap mahu mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin ya.
Maafkanlah Elisya Izd ya kerana terlambat untuk post raya. Tetapi di Facebook Elisya Izd sudah pun mengucapkannya. Hehe....

Ayuh, tunggu kemunculan novel terbaru Elisya Izd tetapi bukan sambungan PMPB lagi ya. PMPB, selepas novel akan terbit nanti. Insya-Allah. Doakan yang terbaik untuk Kak Elisya Izd ya! Sayang semua!

Sunday, June 17, 2012


salam....
Hari ini Kak Elisya sekadar berkongsi dengan kata-kata mutiara di atas...
Tiada apa sebab pun cuma semasa mengooglekan.. ternampak kata-kata indah ini...
Apa lagi, Kak Elisya save as image dan celotehlah di sini...
Rasa sudah lama Kak Elisya Izd tidak itu dan ini kan...
Kak Elisya Izd tahu, ramai yang mengingikan 'Cinta'

Cinta tidak pernah salah dalam apa jua keadaan, namun akal fikiran yang dimiliki oleh kita yang tidak dapat memproses apatah lagi mengikut dengan nafsu...
Ingat adik, gunalah akal fikiran dengan baik dalam bercinta dan bercintalah mencari cinta sejati..
Kerana kata-kata mutiara di atas menunjukkan cinta sejati adalah daripada HATI....

kerana bibir, cinta boleh musnah....
kerana lidah, cinta turut boleh musnah...
kerana fikiran yang tidak baik, cinta boleh memudaratkan..
seeloknya cintalah dari HATI... kerana hati kita sungguh suci....
Jangan musnahkah HATI kita dengan cinta yang tidak patut...

Sekadar memberi nasihat buat adik-adik yang Kak Elisya Izd sayang... 
Sekiranya dapat seimbang dengan pelajaran tiada masalah...
Tetapi lebih elok, belajar kemudian bercinta... 
Apabila kita berjaya mencapai Cinta Sejati semuanya pasti mudah walaupun ada cabarannya...

Monday, June 4, 2012

Sekadar berkongsi

Salam semua...
Apa aktiviti adik pada masa cuti sekolah ini?
Best tidak cuti ini? Jangan bazirkan masa yang terluang dengan aktiviti yang tidak berfaedah ya...
Post kali ini Kak Elisya Izd sekadar mahu berkongsi hari bersejarah Kak Elisya Izd yang menukarkan status Kak Elisya dari miss to madam....



Nanti apabila sudah dpt gmbr dari jurukamera official, Kak Elisya upload lain ya...

Tuesday, May 15, 2012

Miss to Madam?

Salam semua,
Sudah lamakan Kak Elisya Izd tidak bebel di sini...
Sebenarnya, Kak Elisya sangat sibuk dengan urusan peribadi... eh, malu pula..
Insya-Allah sekiranya dengan izin-Nya, Kak Elisya Izd bakal menukar status daripada Miss to Madam.... 
Doakan majlis akak berjalan lancar dan perkahwinan ini diberkati oleh-Nya ya...
Sekiranya ada yang rasa mahu memeriahkan majlis kak Elisya Izd, mesej Kak Elisya di FB ya... 
Di manakan majlis tersebut, mest tertanya-tanya...

Okey, insya-Allah akan berlangsung 27 Mei di Perlis. ^^

Psst; Sambungan PMPB tidak tergendala, walaupun sibuk Kak Elisya Izd mencuri juga masa menaip manuskrip tersebut.

Apa-apa pun, selamat cuti sekolah ya adik2.

Saturday, April 28, 2012

Kembali lagi PBAKL!

wahh... pesta buku menjelma lagi...

pasti seronok dan meriah... 
alamak tahun ini Elisya Izd masih belum berkesempatan ke sana....
Hmm.. insya-Allah, next week Elisya Izd cuba ke sana...
Haruslah pergi memeriahkan suasanakan.. 
Sebenarnya pihak editor ada hubungi minta Elisya Izd sebagai tetamu dalam slot program yang dijalankan...
tetapi sayang sekali, masa tersebut Elisya Izd ada urusan.. tidak mengapa, insya-Allah lain kali..
Sekiranya adik-adik ke sana, jangan lupa dapatkan buku karya Elisya Izd ya... 

^______________^
1. Pen Merah Pen Biru
2. Koleksi Cerita Adam Kecil : Adam Diculik
3. Mia dan Buku Polka Dot


Wednesday, April 18, 2012

Merenjis?

Salam semua, alamak terasa sudah lama Elisya Izd tidak post..
Maaf semua.... Elisya Izd sangat2 sibuk...
Sibuk? Sebab? Ala.. banyak kerja di pejabat, letih juga...
Okey, Elisya Izd berasa dekat dengan perkataan merenjis2 sekarang ini...
^_____^
Doakan yang terbaik untuk Elisya Izd ya... agar semuanya berjalan lancar.. amin.
Sekarang Elisya Izd buat majlis ala-ala merenjis2 ada yang mahu datang tak?
Jeng!

^______^

Monday, March 26, 2012

Pengalaman Manis

Salam semua...
Sihat... hari ini Kak Elisya Izd mahu berceloteh perihal pengalaman... ada ke tidak ya entri fasal pengalaman sebelum ini?

Okey, kali ini skop Kak Elisya Izd lebih mendalam perihal pengalaman manis... pasti setiap orang pernah melalui saat pengalaman manis, namun kita tidak ketahui adakah itu yang dikatakan pengalaman manis...

Selama ini pun Kak Elisya Izd tidak pasti pernah merasainya, selepas merasainya Kak Elisya Izd beryukur kerana Allah memberi peluang itu kepada Kak Elisya Izd...

Pengalaman daripada pelbagai peristiwa dan salah satu menerima keputusan setelah berhimpas pulas dalam pembelajaran...
Pengalaman daripada keluarga dan pelbagai lagi...

Namun Kak Elisya Izd mahu maklumkan, apabila adik-adik merasai dan melalui pengalaman itu, adik akan berkata dengan sendiri syukur ke hadrat Illahi atas limpah rahmat-Nya...

Percayalah... pengalaman manis adalah daripada-Nya...
sebagai umat-Nya apabila diberi peluang itu, kita patut bersyukur....

Saturday, March 17, 2012

Bahasa menyampaikan maksud

Manusia sentiasa melakukan kesilapan kerana kita bukan insan yang sempurna...

Setiap perbuatan yang salah perlu ditegur....
namun untuk menegur ada caranya...

Tidak salah menegur tetapi gunalah bahasa yang sesuai!

Bukankah seorang pendidik tugasnya adalah mendidik?
Bukankah seorang ibu dan bapa mendoakan yang terbaik untuk anaknya?
Bukankah seorang guru mendoakan kejayaan anak muridnya?

Sebagai orang yang memberi tunjuk ajar, ikhlaskan hati anda....

~hati yang terluka sukar untuk diubati!~

Monday, March 12, 2012

Mengarang dalam menanti!

Hari ini baru kesempatan Elisya Izd menulis itu dan ini di blog ini....
Tesis untuk mengetahui keputusan sudah dihantar... sekarang wait for a result... hope hear a good thing!

Sambil menunggu, Elisya Izd ambil kesempatan mengarang sambungan PMPB yang tergendala semenjak memberi penuh perhatian pada tesis.
Harap, tesis Kak Elisya Izd lepas dan tidak perlu baiki lagi... klu kena beki lagi, sekali lagi smbgn PMPB akan tergendala....

Apa-apa pun pendidikan penting untuk masa hadapan, sekiranya dapat bahagikan masa dengan baik, bolehlah beri perhatian kedua-duanya serentak tapi kak Elisya Izd x mampu kerana takut dalam tesis tulis ayat novel pula... hehe...

Doakan tesis Kak Elisya Izd berjaya adik-adik! Terima kasih kepada yang sudi!^^

Tuesday, February 21, 2012

Sudah hantar!

Khusus kepada 5 Pembaca Bertuah,
Elisya Izd sudah menghantar Mia dan Buku Polka Dot tengah hari tadi...
Insya-Allah, pos ekspres akan tiba di rumah adik-adik...
Nantikan ya...

Yang penting Kak Elisya Izd mahu ucapkan TAHNIAH kepada semua yang berjaya....
Psst, tulisan Kak Elisya tidak cantik dan kemas, mohon maaf ya

dan

tandatangan dalam buku yang dihantar juga adalah autograf pertama Kak Elisya Izd.

^_______^

Terima kasih juga kerana menyertai pertandingan biasa ini ya....











Sekiranya tidak keberatan, 5 Pembaca Bertuah boleh bergambar dengan hadiah tersebut dan tag pada facebook Elisya Izd. (Tiada paksaan ya)

Wednesday, February 15, 2012

Saya Pembaca Bertuah

salam semua....

Terima kasih kepada adik-adik dan pembaca yang menyertai penyertaan 'biasa' yang dilancarkan oleh Elisya Izd pada minggu lepas...
ewah, lancar tu... hehe... ^^ sahaja bagi nampak hebat :)
Okey, seperti yang dijanjikan....
Post Saya Pembaca Bertuah dipaparkan untuk tatapan peserta dan pengunjung blog Elisya Izd.

Perkara yang mudah dan tidak perlu bersaing, ini kerana Elisya Izd hanya mencari pengunjung yang terawal dan memenuhi syarat penyertaan sahaja, iaitu tinggalkan komen dan butiran peribadi.


Terima kasih kepada pembaca yang memberi komen ^^ Komen yang membantu Kak Elisya Izd bagi terus bekarya dengan gaya tersendiri. Doakan kejayaan Kak elisya izd dalam kerjaya penulisan ya... amin!

Saya Pembaca Bertuah adalah;

Nama:Yusra Bt Abdul Wahid
Alamat: No 45 JALAN AU4/1 TAMAN SRI KERAMAT TENGAH 54200 KUALA LUMPUR.

Nama: Wafa Nurdinie Bt Mohd Fadzlee Sham
Alamat: No. 45, Jalan Nova U5/82, Subang
Bestari, 40150, Shah Alam,
Selangor.

Nama : NURUL SAFI BATRISYIA BT ZUHA
Alamat : NO .11A Jalan Kesumba 3A/4,Bukit Beruntung 3 ,48300 Rawang ,Selangor

Nama : Mohd. Faridzuan Bin Majid
Alamat : Lot 34, MDLD 5762, Lorong Jaya 2, Taman Aman Jaya, 91100 Lahad Datu, Sabah.

Nama :- Nur Akmal Aqila Binti Rahiman
Alamat :- No 32, Jalan Dato Jaafar' Bandar Penawar' 81930 Kota Tinggi' Johor.

Tahniah kepada yang bertuah. Kepada yang terlepas, cuba lagi ^^

Kepada pembaca bertuah sila pastikan alamat dan nama yang betul, ini kerana Elisya Izd akan lakukan urusan pos pada minggu hadapan, insya-Allah pada hari selasa.

Thursday, February 9, 2012

Pembaca Bertuah

Helllo2xx....
Elisya Izd menunaikan janji....
Post Pembaca Bertuah sudah dipostkan...
Jangan lupa tinggalkan komen sila rujuk post Khusus buat peminat

dan teristimewa....

Tiada tarikh tutup... selagi Elisya Izd tidak postkan apa-apa berkaitan pemenang..
Ayuh sertai...

Saturday, February 4, 2012

Khusus buat peminat

Hai semua....
Bagaimana keadaan adik-adik sekarang ini?
Dipenuhi dengan kerja sekolahkah?
Sekiranya ada, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ya... walaupun rungutan diluahkan, tapi adik harus ingat... apa yang adik-adik lakukan kini menentukan masa hadapan adik. ^^, good luck for u all.

Okey, hari ini Elisya Izd berbesar hati mahu berikan kepada 5 pembaca bertuah.

Hadiah yang kak Elisya Izd akan beri adalah Mia dan Buku Polka Dot dengan ditandatangani oleh Elisya Izd. ^^,



Jangan risau, tiada pertandingan... tapi adik-adik cuma perlu ikuti perkembangan blog Elisya Izd dan berikan kata-kata yang menarik. Itu sahaja...

Kak Elisya Izd akan postkan bertajuk "Pembaca bertuah" dan adik-adik perlu komen dan sambungkan ayat ini....

Saya meminati karya Elisya Izd kerana .......


kemudian, adik letakkan nama penuh berserta alamat....

Siapa yang berjaya, Kak Elisya Izd akan postkan di blog dengan bertajuk "Saya Pembaca Bertuah". Itu sahaja... sangat mudah!

Okey, post bertajuk "Pembaca Bertuah"itu Kak Elisya Izd akan post pada minggu hadapan... rajin-rajin ya singgah... ^^ Jadi, apabila post itu sudah dipublish, adik-adik sekadar perlu komen. Itu sahaja...

Ayuh serta!

Wednesday, February 1, 2012

Koleksi Elisya Izd

hari ini sudah bulan baru!

Wow! Febuari sudah menjenguk....
January sudah berlalu....
Ini bermakna sebulan pada tahun 2012 sudah berlalu...
sekejap sahaja masa berlalu....

Tahun 2010 baru Elisya Izd berjinak-jinak...
Tahun 2011 Elisya Izd bergelar penulis....
Bersyukur ke hadratnya...

Kini Elisya Izd ada koleksi tersendiri.... ^^


Karya terbaru... kini berada di pasaran



Berada di pasaran juga!


Boleh dapatkan di pasaran

Tuesday, January 17, 2012

Menapak dengan proposal

Syukur, hari ini Elisya Izd sudah siap manuskrip terbaru dan akan mula langkah untuk manuskrip seterusnya.

Next manuskrip yang akan menapak bersama proposal adalah sambungan Pen Merah Pen Biru. Harap kali ini, Elisya Izd mampu menaip dengan laju bersama idea sambungan ini. Ini kerana, insya-Allah dengan izin-Nya, Kak Elisya Izd akan sibuk dengan perancangan masa hadapan tidak lama lagi. ^_____^

Harap, sambungan Pen Merah Pen Biru ini memberi adik senyuman terutama kepada pembaca yang mengikuti cerita PMPB ini.

Okey, Kak Elisya mahu menulis proposal sebentar. Harap semuanya dipermudahkan.

Monday, January 16, 2012

Malas?

Mengapa malas menjadi topik?

Ini kerana status Elisya Izd dalam FB. ^^

Malas bermaksud tidak mahu berbuat sesuatu; segan atau enggan berbuat sesuatu (kamus dewan bahasa)..

SAH! Kak Elisya Izd sekarang dalam kategori malas... hehe.. tapi tidak mengapa, malas tanpa ada kerja yang perlu dilaksanakan dengan segera.


Okey... kali ini Elisya Izd mahu berbicara perihal malas?

Tapi, adik-adik jangan malas okey... rajin2 buat kerja sekolah. nnti pasti adik rindu dengan kerja sekolah apabila sudah tamat belajar sepertimana Kak Elisya Izd berasa sekarang... kenangan di sekolah, tiada tandingannya...

SMILE ^________^

Okey, perasaan malas apabila sudah dikuasai diri, rajin pun tidak dapat tandingi.. namun, ingat amalan malas ini tidak elok dipratikkan. apabila perasaan malas datang menjenguk pada diri, cepat2 elakkan...

bagaimana?

1. cakap pada diri saya rajin.
2. berusaha membuat kerja kerana takut dimarahi
3. lapangkan fikiran seketika dan sambung lakukan kerja semula.

Tuesday, January 3, 2012

Belajar rajin-rajin!

Salam...
Selamat kembali ke sekolah adik-adik...
Jangan bermalasan...
Nanti cuti datang lagi...
Semoga berjaya adik-adik terutama kepada yang akan menduduki peperiksaan besar UPSR, PMR dan SPM.
Jangan belajar last minute ye dik... bahaya, buat adik demam pula minute terakhir itu bagaimana mahu jawabkan?

Sunday, January 1, 2012

2012

Selamat tahun baru! adik-adik!!!



Tahun baru...
Umur baru...
Azam baru...


Walaupun semua baru, itu tidak bermaksud yang lama harus dilupakan... sekiranya azam lama belum tercapai dan masih relevan, boleh capai dalam tahun baru ini... azamkan x de expired.. hehe...

Sekiranya tahun lalu memberi kenangan pahit, tahun baru tidak semestinya kenangan pahit itu menjelma kembali. Jadi, gunakan tahun baru untuk ubah tahun lama...

Walau bagaimanapun, apa yang tidak boleh diubah dan sentiasa bergerak saban tahun adalah.... umur.

Oleh demikian nasihat Elisya Izd kepada semua, jangan sia-siakan peluang yang Allah s.w.t berikan, gunakan dengan sebaiknya dan jangan lupa kepada-Nya.