Followers

Saturday, April 20, 2013

Pesta Buku 2013

As salam....

Sudah lama Elisya Izd tidak update blog ini, begitu juga dengan FB...
sejak berubah status ini kehidupan juga berubah...
hmmm... sekiranya dua perkara ini pun tidak sempat dilayan, bagaimana dengan status buku terbaru...
sob sob... Elisya Izd masih belum berkesempatan untuk menulis dengan siap...
semua masih separuh jalan...

maafkan.. insya-Allah akan datang Elisya Izd cuba buat jadual untuk kehidupan penulisan lebih teratur...
ini pun tersedar apabila semua orang sibuk-sibuk sebut fasal pesta buku 2013..

seronoknya sekiranya berpeluang ke sana...
boleh jumpa kawan-kawan tetapi nampak gayanya tahun ini Elisya Izd tidak kesempatan ke sana kerana akan balik Perlis untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia...

Undi hak kita! Undi juga rahsia.

Kepada adik-adik, ayuh terjah pesta buku ya. Maaf tiada yang terbaru daripada kak Elisya Izd. selamat membeli karya yang diminati.

Ayuh Serbu PWTC 26 April - 5 Mei 2013 ^^

No comments:

Post a Comment