Followers

Saturday, February 4, 2012

Khusus buat peminat

Hai semua....
Bagaimana keadaan adik-adik sekarang ini?
Dipenuhi dengan kerja sekolahkah?
Sekiranya ada, laksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar ya... walaupun rungutan diluahkan, tapi adik harus ingat... apa yang adik-adik lakukan kini menentukan masa hadapan adik. ^^, good luck for u all.

Okey, hari ini Elisya Izd berbesar hati mahu berikan kepada 5 pembaca bertuah.

Hadiah yang kak Elisya Izd akan beri adalah Mia dan Buku Polka Dot dengan ditandatangani oleh Elisya Izd. ^^,



Jangan risau, tiada pertandingan... tapi adik-adik cuma perlu ikuti perkembangan blog Elisya Izd dan berikan kata-kata yang menarik. Itu sahaja...

Kak Elisya Izd akan postkan bertajuk "Pembaca bertuah" dan adik-adik perlu komen dan sambungkan ayat ini....

Saya meminati karya Elisya Izd kerana .......


kemudian, adik letakkan nama penuh berserta alamat....

Siapa yang berjaya, Kak Elisya Izd akan postkan di blog dengan bertajuk "Saya Pembaca Bertuah". Itu sahaja... sangat mudah!

Okey, post bertajuk "Pembaca Bertuah"itu Kak Elisya Izd akan post pada minggu hadapan... rajin-rajin ya singgah... ^^ Jadi, apabila post itu sudah dipublish, adik-adik sekadar perlu komen. Itu sahaja...

Ayuh serta!

1 comment: